23 September 2016 Rawatan IPL
Hari ini jam 4
petang saya buat temujanji Intense
pulsed light ( IPL) treatment
untuk buang bulu di sekitar alat sulit. Temujanji di Bubble Gum Wax,
Taipan USJ http://www.bbgwax.com/
. Sebelum ini pernah lakukan servis hard wax di BBwax Casa Tropicana, Petaling Jaya. Puas hati jugalah dengan kesannya - bulu lambat tumbuh dan halus. Hari ni tertarik denga iklan IPL. Saya difahamkan IPL dapat buatkan bahagian itu tiada bulu sehingga 5 tahun.
Saya difahamkan hanya perlu membayar untuk IPL Trial. Sekitar
jam 4.20
petang, saya tiba di Taipan USJ dan bermulalah masalah mencari tempat
meletak kereta. Setelah berkali-kali tawaf sekeliling bangunan kedai
wax itu, baru perasan ada kompleks tempat meletak kereta di situ.
Tiba
di Bbwax, saya disambut oleh petugas kaunter hadapan. Setelah
menunggu 5 minit, saya kemudiannya dibawa ke bilik rawatan.
Terpaksalah
berbogel disitu dan berbaring di atas katil yang disediakan. Seorang
'amoi' tiba untuk melakukan rawatan terhadap saya. Ntah kenapa anu ni
langsung tiada reaksi bila disentuh oleh perempuan lain selain isteri
sendiri. Tidur saja.
Rawatan
dimulakan dengan sapuan sejenis serbuk dan melakukan proses mencukur.
Kalau dah tahu, sebelum datang dah cukur siap-siap. Takut bila orang
lain pegang pisau cukur dan gunakan di bahagian sensitif kita. Hard wax tak perlu cukur pun, lagi panjang bulu, lagi bagus. Saya
membaringkan badan dengan punggung menhadap ke atas.
Proses
IPL dimulakan. Adoi! Pedih amat bila cahaya itu terkena bahagian
dubur. Kononya, kata perawat tu seperti gigitan semut je..,,tapi
sumpah lagi sakit. Rasa seperti batang jarum dicucuk terus dengan
laju ke bahagian itu dalam selaan 1 saat. Rasanya dalam 3-4 lubang jugalah di bahagian dubur. Perit amat, rasa macam nak terkencing saja.
Setelah
itu, bahagian tersebut disapukan gel yang amat sejuk untuk
menghilangkan rasa pedih. Kalau dah tahu macam ini punya pedih baik
buat wax biasa je – hard wax dan cabut.
Badan
dibaringkan dengan anu ke atas. Atas la sangat, batang tak naik
pun – sebab pedih. Lagipun, kena pakai penutup mata sebab sinar IPL terlalu kuat. IPL dihalakan lagi, kali ni di bahagain tundun.
Sekitar 7-8 lubang juga disitu. Tak sakit sangat di bahagian itu. Bila
ia dimulakan di bahagian telur dan kelangkang sekitar anu
rasa macam nak menjerit je. Tapi sebab malu jantan menjerit, terpaksa
dibatalkan. Rasanya kalau jantan yang buat, mau naik jugak kaki ni
bagi penendang secara spontan. Sakit oiii, macam dicucuk jarum
laju-laju disitu.
Dalam
30minit, rawatan selesai. Sekitar tempat rawatan disapu gel sejuk.
Dalam rasa melekit gel itu, saya disarankan pakai kembali pakaian dan
menunggu di kaunter hadapan – tak sempat nak relax sekejap.
Rupa-rupanya,
kos rawan ini amat mahal. Saya dipujuk untuk mengambil lagi 5 sesi
untuk RM1700 atau 10 sesi lagi untuk RM4000. Saya dipujuk untuk bayar
'upfront' sama ada untuk 5 sesi atau 10 sesi memandangkan saya
membayar guna kad debit (dengan VISA telah diaktifkan) oleh 3 orang
petugas kaunter tersebut.. Saat itu, saya membantah dengan mengatakan
saya hanya akan membayar untuk sesi trial sahaja sebab kesempitan
kewangan, lalu RM179
ditolak dari akaun debit saya.
Kaluar
dari kedai Bbwax tu, rasa macam nak jalan berjengket je – pedih
masih terasa. Dapat duduk dalam seat kereta baru lega sedikit.
Rupanya, dan hampir pukul 5 petang, saya kena bergegas balik sebab
masih perlu ambil isteri dari pejabatnya, 5.30 petang nanti.
Memandangkan
pengalaman ngeri tersebut, saya bercadang untuk tidak pergi lagi untuk
sesi seterusnya dan mungkin akan block panggilan telefon mereka yang
dijadualkan sebulan dari tarikh hari ini. Hari ini dah 3 hari, masih ada lagi 1 bahagian di perdu anu yang kadang-kadang masih pedih.

0 comments:
Post a Comment