BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, 26 September 2016

Rawatan IPL





23 September 2016 Rawatan IPL

Hari ini jam 4 petang saya buat temujanji Intense pulsed light ( IPL) treatment untuk buang bulu di sekitar alat sulit. Temujanji di Bubble Gum Wax, Taipan USJ http://www.bbgwax.com/ . Sebelum ini pernah lakukan servis hard wax di BBwax Casa Tropicana, Petaling Jaya. Puas hati jugalah dengan kesannya - bulu lambat tumbuh dan halus. Hari ni tertarik denga iklan IPL. Saya difahamkan IPL dapat buatkan bahagian itu tiada bulu sehingga 5 tahun.

Saya difahamkan hanya perlu membayar untuk IPL Trial. Sekitar jam 4.20 petang, saya tiba di Taipan USJ dan bermulalah masalah mencari tempat meletak kereta. Setelah berkali-kali tawaf sekeliling bangunan kedai wax itu, baru perasan ada kompleks tempat meletak kereta di situ.

Tiba di Bbwax, saya disambut oleh petugas kaunter hadapan. Setelah menunggu 5 minit, saya kemudiannya dibawa ke bilik rawatan.

Terpaksalah berbogel disitu dan berbaring di atas katil yang disediakan. Seorang 'amoi' tiba untuk melakukan rawatan terhadap saya. Ntah kenapa anu ni langsung tiada reaksi bila disentuh oleh perempuan lain selain isteri sendiri. Tidur saja.

Rawatan dimulakan dengan sapuan sejenis serbuk dan melakukan proses mencukur. Kalau dah tahu, sebelum datang dah cukur siap-siap. Takut bila orang lain pegang pisau cukur dan gunakan di bahagian sensitif kita. Hard wax tak perlu cukur pun, lagi panjang bulu, lagi bagus. Saya membaringkan badan dengan punggung menhadap ke atas.

Proses IPL dimulakan. Adoi! Pedih amat bila cahaya itu terkena bahagian dubur. Kononya, kata perawat tu seperti gigitan semut je..,,tapi sumpah lagi sakit. Rasa seperti batang jarum dicucuk terus dengan laju ke bahagian itu dalam selaan 1 saat. Rasanya dalam 3-4 lubang jugalah di bahagian dubur. Perit amat,  rasa macam nak terkencing saja.

Setelah itu, bahagian tersebut disapukan gel yang amat sejuk untuk menghilangkan rasa pedih. Kalau dah tahu macam ini punya pedih baik buat wax biasa je – hard wax dan cabut.

Badan dibaringkan dengan anu ke atas. Atas la sangat, batang tak naik pun – sebab pedih. Lagipun, kena pakai penutup mata sebab sinar IPL terlalu kuat. IPL dihalakan lagi, kali ni di bahagain tundun. Sekitar 7-8 lubang juga disitu. Tak sakit sangat di bahagian itu. Bila ia dimulakan di bahagian telur dan kelangkang sekitar anu rasa macam nak menjerit je. Tapi sebab malu jantan menjerit, terpaksa dibatalkan. Rasanya kalau jantan yang buat, mau naik jugak kaki ni bagi penendang secara spontan. Sakit oiii, macam dicucuk jarum laju-laju disitu.

Dalam 30minit, rawatan selesai. Sekitar tempat rawatan disapu gel sejuk. Dalam rasa melekit gel itu, saya disarankan pakai kembali pakaian dan menunggu di kaunter hadapan – tak sempat nak relax sekejap.

Rupa-rupanya, kos rawan ini amat mahal. Saya dipujuk untuk mengambil lagi 5 sesi untuk RM1700 atau 10 sesi lagi untuk RM4000. Saya dipujuk untuk bayar 'upfront' sama ada untuk 5 sesi atau 10 sesi memandangkan saya membayar guna kad debit (dengan VISA telah diaktifkan) oleh 3 orang petugas kaunter tersebut.. Saat itu, saya membantah dengan mengatakan saya hanya akan membayar untuk sesi trial sahaja sebab kesempitan kewangan, lalu RM179 ditolak dari akaun debit saya.

Kaluar dari kedai Bbwax tu, rasa macam nak jalan berjengket je – pedih masih terasa. Dapat duduk dalam seat kereta baru lega sedikit. Rupanya, dan hampir pukul 5 petang, saya kena bergegas balik sebab masih perlu ambil isteri dari pejabatnya, 5.30 petang nanti.


Memandangkan pengalaman ngeri tersebut, saya bercadang untuk tidak pergi lagi untuk sesi seterusnya dan mungkin akan block panggilan telefon mereka yang dijadualkan sebulan dari tarikh hari ini. Hari ini dah 3 hari, masih ada lagi 1 bahagian di perdu anu yang kadang-kadang masih pedih.